PENGENALAN
Elektrik merupakan sumber tenaga utama yang digunakan di rumah. Anda seharusnya terus menikmati manfaat daripada peralatan elektrik dengan tidak menggunakan lebih banyak tenaga daripada yang sepatutnya. Penggunaan tenaga elektrik secara cekap dapat menjimatkan wang serta dapat membantu memelihara alam sekitar.
APAKAH KECEKAPAN TENAGA
Kecekapan tenaga (elektrik) bermakna kita menggunakan tenaga elektrik yang minima untuk menyempurnakan kerja yang sama di rumah. Ini juga bermakna kita akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk penggunaan elektrik di samping menikmati kemudahan yang sama.Kecekapan tenaga juga merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana. Sebagai pengguna, amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan pembaziran.
Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam membangunkan dan mengawal selia program pelabelan cekap tenaga. Program pelabelan cekap tenaga ini bertujuan untuk mengalakkan industri untuk menghasilkan barang elektrik yang menjimatkan tenaga. Selain itu, sesebuah syarikat barang elektrik juga mempunyai kelebihan dari segi persaingan kerana barang mereka mempunyai label yang menunjukkan bahawa ia boleh menjimatkan tenaga elektrik.
MEMAHAMI KEPENTINGAN KECEKAPAN TENAGA
1. Memahami Kecekapan Tenaga
Kecekapan tenaga adalah satu tindakan yang menggunakan tenaga yang sedikit untuk menyempurnakan tugas yang sama. Contohnya, di rumah dan bangunan-bangunan komersial. Ia bermakna, dengan hanya menggunakan tenaga yang sedikit untuk memanaskan, menyejuk dan penggunaan tenaga lampu dalam bangunan. Ia juga boleh melibatkan penggunaan peralatan cekap tenaga yang menggunakan tenaga yang sedikit.
Penggunaan tenaga yang sedikit juga boleh digunakan di kilang-kilang dan sektor pembuatan dalam mengeluarkan produk dalam kuantiti yang sama. Ia boleh dicapai dengan menggunakan motor yang lebih cekap tenaga, sistem ”Drive”, sistem udara mampat yang kecekapannya tinggi dan peralatan industri yang lain.
2. Mengapa Kecekapan Tenaga penting?
Penggunaan tenaga secara cekap akan menunjukkan kadar penjimatan tenaga dan wang yang kurang dibelanjakan untuk tenaga itu. Penjimatan itu boleh diterjemahkan ke dalam bil-bil tenaga / elektrik yang lebih rendah.
Faedah keseluruhan kecekapan tenaga ialah:
A. Kos
- Pengurangan kos tenaga akan membawa kepada kos pengurusan operasi yang sedikit dan akan meningkatkan keuntungan yang tinggi.
- Kesan positif ke atas produktiviti dan daya saing.
B. Perlindungan alam sekitar
- Pengurangan pengeluaran karbon yang menyumbang kepada pemanasan global.
- Pengurangan pencemaran udara dan persekitaran yang lebih bersih.
- Kecekapan tenaga adalah salah satu cara yang paling berpotensi untuk mengurangkan GHG dalam jangka masa pendek.
C. Keselamatan bekalan
- Kurang loji jana kuasa, penghantaran dan menaik taraf sistem pengagihan dan pembinaan.
- Membendung pertumbuhan permintaan tenaga global atau tempatan dan meningkatkan keselamatan bekalan.
- Kurang penggunaan tenaga bermakna hanya sedikit sahaja bahan api diperlukan untuk membakar yang membawa kepada pengurangan jangka masa panjang dalam penggunaan tenaga. Ini membantu memanjangkan hayat sumber-sumber asli seperti bahan api fosil, arang batu dan gas.
Anda boleh membantu dengan mengambil langkah-langkah mudah berikut:
1. Lampu
- Gunakan mengikut keperluan sahaja.
- Matikan suis apabila meninggalkan bilik anda.
- Gunakan mentol rendah tenaga seperti “compact flourescent lamp”.
- Pasangkan pada lampu meja /membaca anda.
- Manfaatkan cahaya matahari. Aturkan meja supaya berhampiran tingkap. Bukakan langsir dan penghadang cahaya bagi menerangi bilik anda.
2. Peralatan komputer
- Matikan segala peralatan komputer (PC, monitor, printer) apabila tidak digunakan.
- Matikan suis di plug sebelum anda meninggalkan bilik.
- Dimana perlu, gunakan lap-top berbanding desktop PC kerana ia menggunakan kurang tenaga.
- Manfaatkan ciri menjimat tenaga yang ada pada peralatan komputer – power save setting
3. Alat pendingin hawa
- Matikan apabila tidak digunakan. Gunakan hanya apabila suhu dalam bilik semakin panas/tidak selesa.
- Tingkatkan suhu kepada 20°C. Suhu di luar bilik hanya 4-5°C sahaja lebih tinggi.
- Buka jaket dan pakai kemeja sahaja apabila berada dalam bilik.
4. Lain-lain peralatan elektrik – cerek, radio, pengecas bateri dsb
- Gunakan peralatan ini dengan sewajarnya. Matikan suis dan cabut plug daripada soket di dinding apabila peralatan ini selesai digunakan.